Tuesday, 21 May 2013

Ubah atau kekal

Assalamualaikum

tajuk saya sekarang ( mahu malaysia atau mahu ubah )

isu politik di Malaysia semakin hari semakin menjadi jadi. Tak tahu nak pilih siapa yang berhak dan siapa yang betul? Tapi kalau kita tidak menyiasat secara perinci kita pun akan keliru boleh di landasan yang betul atau pun di landasan yang salah. Ramai juga mahu jadi Hero malaysia tapi idea atau cara mereka salah,memang ada yang menyokong,ramai bukan tidak ramai tapi penyokong mereka sudah berfikir yang jalan itu betul atau akan sesat? 
BN atau pun PR dua2 sama sahaja kalau dibandingkan gila nak berkuasa,masing2 mainkan peranan dalam politik. Ada yang kurang yang lebih tapi yang lebih kita sebagai rakyat tidak langsung menyentuh tentang perkara itu tapi bila ada yang kurang bukan main lagi kecoh dan ramai pula nak bersuara.
adakah cara bersuara itu betul atau salah? Tidak salah kalau kita bersuara demi masa depan kita dan anak cucu kita. Biarlah bersuara kita secara aman. Banyak cara boleh sampaikan suara pada pemimpin rakyat. Pemimpin yang di pilih oleh rakyat kena juga sentiasa dengar suara rakyat yang sentiasa dalam keperluan. Jangan makan gaji buta ingat disana akan ditanya oleh tuhan. Kepada pemimpin juga akan bertanggung jawab atas pengikut2 dia kerana dia yang mula kan dan dia yang mengajak. Setiap yang salah.atau pun betul akan di tanya. Rakyat pula kena juga berfikir secara mendalam adakah pemimpin itu betul atau salah. Kalau salah tolong tegur mereka. Tapi ikut cara aman.
saya candangkan untuk menengur pemimpin secara aman,ini lah caranya;
tulis surat beramai ramai untuk menegur
cuba berjumpa dengan mereka dan berbincang
atau jemput mereka ke tempat yang bermasalah berkali kali jangan putus asa
kalau tidak datang juga media social banyak sebarkan tapi saya sini syor kan sebarkan dalam betuk sebuah video kalau boleh biar luahkan perasaan anda dalam video lepas tu sebar kan beramai2...

Dan banyak lagi cara untuk bersuara kepada pemimpin. Memang ramai suka berdemo di jalanan supaya dapat perhatian umum dan perhatian media. Kawan2 pun kata saya gila memberi cadangan aman seperti atas. Tapi itu tetap.bagi saya cara terbaik untuk luahkan perasaan atau bersuara. Kerana tiada akan membantah dan tiada akan membenci saya.pekara itu seperti kita membawa setiap suara rakyat untuk dibincang. Mereka akan terima dengan ikhlas. Kalau saya keluar berdemo di jalanan dan ramai pengikut saya sekat jalanan, menjerit sana sini, ramai akan jadi pengikut tapi ramai juga benci saya. Dengan sekat jalanan sudah tentu ramai maki hamun saya, kebencian terhadap saya pun semakin ramai walaupun suara saya untuk keadilan... Terutama peniaga2 dan yang dalam keadaam kecemasan. Memang waktu hati kita panas mana lah kita mahu tahu hal orang lain.tapi penyokong pun boleh jadi musuh kita kalau ada2 yang sesuatu terjadi.

seperti Adam baru2 ni bersuara dan di dakwa mhasut orang ramai.. Cuba dia bersuara secara aman berbincang dan jemput seorang pemimpin untuk berjumpa dengan dia dan dengan penyokong2 dia.. Nak buat huru hara di negara Malaysia buat apa? 
Banyak contoh kita boleh ikutkan,memang dia.bersuara demi keadilan tapi lihat lah negara2 arab yang kerajaan mereka digulung kan oleh rakyat mereka. Tapi apa sudah jadi pada mereka sendiri sekarang? Jangan lah beremosi sangat, ini untuk masa depan kita yang akan datang dan juga untuk keturunan kita.

kalau mahu keluar beramai2 di jalanan dan rugikan duit lagi bagus mari kita beramai2 keluar hapuskan rumah2 pelacuran,mari kita keluar beramai2 hapuskan club2 malam yang merosak akidah dan merosakan minda fizikal kita, marilah kita beramai berkumpul dan buat aktiviti menolong orang miskin atau orang2 yang memerlukan pertolongan seperti kita, mari lah keluar beramai cari pengedar dadah atau pengilang pengeluar dadah dan hapus kan mereka, dapat nama ramai akan suka kita,mesti ada yang akan kata cari dadah haram kerja polis, tapi salah kah kita berkerja sama dengan polis? Dengan cara begini pun kita boleh dapat ramai pengikut, dan ramai.alan suka kita rasa benci tiada kecuali mereka yang bersalah...

Nak ubah jangan lah ubah malaysia dengan kucar kacir, saya tahu kita tidak mahu memusnah kan masa depan anak2 kita dan cucu2 kita, perubahan kita boleh lakukan dengan cara aman pun dengan cara ganas pun boleh, itu pilihan kamu sendiri
ini hanya candangan saya,.mungkin ada yang beri komen nagative atau pun positive apa yang saya nak ingat kan sekarang disini ;
( untuk mencapai kejayaan lebih jauh kena guna minda bukan mata atau tangan dan kaki, dan jangan ikut perasaan tanpa memikir terlebih dahulu,setiap keputusan yang kita lakukan ada tanggung jawab yang besar, ya nampak kecil tapi ingat juga kecil2 cili api )

saya akan sambung note ini selepas bila dapat komen atau padangan dari yang membaca note ini, kalau ada tersilap sila komen dan tegur saya dengan tegas

TO BE CONTINUE
AKAN BERSAMBUNG.......